Sunday, January 25, 2009

Kau hadir

Semalam, tamatlah sesi test 1 untuk sem ni..
waaaaa, penat weyh..
otak tgh jam lagi nie walopon dah bermacam2 aktvt ak dah wat stakat nie..
karok, tgk wayang..paling syok p swimming..ekekeke...lame dowh xp swimming..njoy beb..mekaseh bro irwan..:P

emmm, disebabkan malam ni terlampau letih, so xtau nk karang ape malam ni..
mood pon tgh syahdu(irwan nye pasal, duk pasang lagu2 kenangan silam aku -_-)..
so, dengan malas nye, ak just upload je blog yg ak pernah publish dulu..
and diz blog...r meaningful for me..


Kau Hadir
Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
sinar mentarikan menjelma jua
Seksa dan derita hadir tanpa diminta, bersedialah...namun harus beringat, disebalik kesusahan dan keperitan, pastinya diiringi dengan kesenangan dan kenikmatan...Allah itu maha Adil

Tuesday, January 20, 2009

Limited coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena......Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....

Sunday, January 11, 2009

Aiseyh, xley tido ler mlm ni~

pst...pst..


sejak 3 hari kebelakangan ni, dalam kepala aku ni duk playback lagu2 hindustan ler..

emmm, xtau la nape, tetibe berubah mood ng lagu2 hindustan..

n paling kemuncak mood hindustan ak ni adalah mlm ni laaa..

aaa, ekceli bukan ape sgt, bukan pelik pon, cume aku ni, dah lame tinggal zaman2 layan citer2 ngan lagu2 hindustan ni...apekah misteri disebalik kejadian ini~


dalam banyak2 citer hindustan ni, 1st movie dorg yg ak tgk ialah Kuch Kuch Hota Hai(1998), 2nd Dil To Pagal Hai(1997)..aku ingat lagi beb, sbb start drpd tu laaa era hindustan ak bermula..

emm, tp, dalam byk2 citer tu, yg paling aku suke ialah Kaho Na Pyaar Hai..plot citer yg menarek, lagu2 pon best, hero n heroin pon mantap..waaa..Hrithik Roshan n Amisha Patel wa cakap luuu..




pade sape2 yg xtau pasal citer tu, meh sini ak nk citer sket2..


cite nye bermula apabila....Hrithik n amisha ni terdampar kat sbuah pulau(dah lupa mcmane), kat pulau tu dorg berdua j yg ade...so mcm2 laaa adegan lucu n sengal yg akhirnye berbuahkan cinta antara mereka.dari asyik gaduh2, last2 kapel..hihi..standard citer la tu..pastu, lepas dselamatkan n balek k bandar, satu hari hero kne bunuh oleh sekumpulan samseng n mayat xdjumpai. then, ape lagi, amisha pon berkabung laaa..sedey siot time tu..pastu, dah lame sgt amisha tu cmtu, berkabung xabes2, last2 sepupu dia pon bwk dia p oversea, duk kat sana, mulakan idop baru..


aaa, tetibe...aaaa..satu ari spupu dia ajk p klab malam. kat situ ade dia ternmpk ng sorg penari yg muka nye sebijik mcm balak dia dulu, Hrithik..dia pon tertanye2, sape kah jejaka tersebut..hihi..aaa, start kat situ, byk lagi konflik2 yg menarek..ending dia pon best jgk..kalu nk tau, korg tgk la sendiri..tp ak tau, ade sesetengah org mmg xlayan filem2 hindustan ni..


tp, kalu2 laa ade org yg minat filem hindustan ni, kalu ade citer ni, pass2 laa kat aku..aku tgh kempunan nk tgk citer tu lg skali niiiii...aaaaa.plzzzzzzzzzzzzzzz....


mlm ni, ak nk tido pon susah sbb lagu2 dalam citer Kaho Na Pyaar Hai ni dari td duk terngiang2 lam kepala otak aku ni..hadeh...ak xley nk stop laaa nyanyi....Ya Allah, berilah ak ruang utk rehat kan diri ini dgn tido..ameeen..


arap2 ak dpt tido la lepas siap post ni...


gtg

Saturday, January 3, 2009

Salam pengenalan

Emm, dah lame ak tgk member2 ak wat blog nih..
dah lame ak tak main post2 blog camni, so ape salahnye aku start balek..hihi..
k r, ak org baru kat sini, harap2 semangat n sokongan kawan2 semua memeriahkan lagi la blog aku ni yea..hihi...

utk mlm ni xde idea lagi. mungkin sbb baru nk seru semangat tu kot. enjin lom panas lagi...later2 ade la tu yea..

ok, tu je utk 1st post ak arini...rajen2 usha la lagi yea..

gtg..
Blog Widget by LinkWithin