Wednesday, August 26, 2009

Perang Uhud

Adeh..bizi2...wawawawa...malas tol rasa nye nk hapdet blog akhir2 nie..
skrg tgh ujan renyai2...best tol kali ni pose time2 ujan.hihi.
tgh2 duk melepak, terlintas plak lagu ni lam kepala ak.
dah lame ak nyanyi lagu ni..
xtau cmne tetibe ley singgah lam otak ak ni..
lagu ni, setiap kali ak dengar, darah ak mesti naek turun..siyes!
sesetengah rangkap yg membuatkan ak rasa bergetar dada.
sesetengah rangkap ak rasa sebak..
ak bawak kan utk korg sume, hayatilah lirik ni baek2..insya-Allah korg akan dapat ilmu sedikit sebanyak..

Brother - Uhud

Hangatnya mentari

Terbangkan bersama
Debu-debu pasir
Debu-debu durja

Dan ditengah medan
Murka pun memuncak
Memercik kilatan
Dari rempuh pedang pahlawan
Syuhada


Amarah memuncak dalam dada Khalid
Dan Abu Sufian dibayangi syaitan
Dan sekelip mata

Gurun pun bergema
Laungan syahadah

Gempita amarah menerpa
Dan berkibarlah panji-panji
Syuhada

Gurun jadi merah
Dada dibusar panah
Dengan pedang Allah

Kemenangan kan terserlah

Gunung jadi saksi
Setia pun mula goyah
Nafsu pun menerjah
Khazanah mula mengabur mata
Ooo .. panji dilepaskan Ooo..

Nabi amat pedih

Mendoakan wiranya
Yang terlalu alpa

Dan sedang mabuk harta

Musyrikin berpesta
Di tengah laut darah
Bergelimpangan para pejuang Muslimin
Oo.. Pedihnya.. oo..

setelah mengalami kekalahan dalam Perang Badar, pihak Quraisy makin meluap-luap rasa marahnya terhadap kaum Muslimin, apa tidaknya, 313** orang mampu mengalahkan tentera yang berjumlah seribu orang, berkali ganda dari kaum Muslimin ketika itu. apatah lagi dengan hijrahnya Muhammad ke Yathrib yang kemudiannya dinamakan Madinah oleh Rasul orang Islam itu menyebabkan bertambahnya jumlah mereka.

oleh itu, dendam Quraisy terhadap Islam diterjemahkan dengan rancangan untuk menyerang mereka semula, persiapan rapi dibuat, dan setiap keluarga dari kelompok Quraisy wajib menghantar wakil, lebih-lebih lagi mereka yang punya waris yang terbunuh dalam Perang Badar yang lepas. setelah dikumpul-kumpul, maka soldadu milik Quraisy itupun berjumlah 3000 semuanya, dan berita ini seperti diterbangkan angin dan sampai ke pengetahuan Rasul Allah.

Musyawwarah yang dianjurkan baginda mendapat sambutan, maka keputusan dicapai bahawa peperangan akan dilakukan diluar Mekah, di kawasan banjaran Uhud, yakni gunung Uhud. maka mujahidin yang jumlahnya seribu bergerak keluar untuk menuju ke medan perang. malang si laknat Abdullah bin Ubay telah menipu sebilangan mereka menyebabkan 300 orang terpisah dari barisan Rasulullah. setibanya mereka di Jabal Uhud, diarah oleh Muhammad, kepimpinan yang teragung hingga hari ini, 50 orang sahabat untuk mengambil posisi di Jabal Ainain yang kemudiannya dikenali dengan Jabal Rumath atau bukit pemanah,samaada mereka menang mahupun kalah, posisi itu harus dipertahankan.

perang kemudian berkecamuk, di sana sini kedengaran lentuman pedang yang berselisih sesama sendiri mengeluarkan kilatan api. di dalam suasana yang panasnya membakar kulit. Quraisy dengan marahnya, dan Muslim dengan syiar mereka.


Amarah memuncak dalam dada Khalid
Dan Abu Sufian dibayangi syaitan
Dan sekelip mata

Gurun pun bergema
Laungan syahadah
Gempita amarah menerpa
Dan berkibarlah panji-panji
Syuhada


Khalid yang ketika itu masih belum terang hatinya dengan Islam memuncak marahnya, kalau bisa api terkeluar dari mata, pasti aja iakan menakutkan mereka yang melihat mereka. begitu marah mereka dengan menggenggam dendam terhadap Muslimin.

perang yang berlaku menyaksikan kehebatan barisan tentera Muslim yang berbaki 700 orang itu menyebabkan soldadu Quraisy jadi gerun dan gentar, lalu bertempiaranlah mereka berlari meninggalkan medan. malangnya, tentera Muslim bergembira terlalu awal, berkejaran mereka untuk mengumpul harta perang yang tertinggal. begitu juga dengan hampir semua tentera yang berkawal atas arahan Muhammad di Jabal Ainain.

Gunung jadi saksi
Setia pun mula goyah
Nafsu pun menerjah

Khazanah mula mengabur mata

Jabal Ainain menjadi saksi peninggalan mereka dari kubu yang dipimpin Muhammad, setia mereka berbolak-balik kerana di dalam nafsu yang bergolak untuk mendapatkan harta perang, khabar angin disebarkan bahawa Muhammad sudah tiada. setia mereka mula bergegar, pemimpin yang disanjungi mereka sudah tiada, walhal baginda masih bernyawa. Abdullah bin Jubair penat dan lelah menjerit kepada Muslimin yang jadi buta akan harta perang yang tertinggal. disebabkan kejahilan mereka kala itu, maka Khalid yang memimpin barisan penunggang kuda mengambil peluang untuk menyerang tentera-tentera Islam yang amat didendamnya kala itu.

Musyrikin berpesta
Di tengah laut darah
Bergelimpangan para pejuang Muslimin
Oo.. Pedihnya.. oo..

Musyrikin bukan main suka hatinya melihat perilaku Muslimin yang dikira mereka kala itu gila dengan harta. maka terlihatlah kekalahan oleh Muslimin ketika itu dengan dibuktikan pembunuhan mudah oleh pihak musuh.

Ooo .. panji dilepaskan Ooo..
Nabi amat pedih

Mendoakan wiranya
Yang terlalu alpa
Dan sedang mabuk harta

nabi pada masa yang sama telah terjatuh ke dalam lubang perangkap yang digali oleh Abu Amar ar-Rahab, setelah membunuh Ubai bin Khalaf yang ketika itu muncul untuk membunuh baginda, menyebabkan baginda terkurung. bukan itu semata, malah lutut baginda ketika itu berdarah, cedera di pipi baginda dan patah pula giginya, baginda turut pitam di dalam lubang yang digali oleh musuh Islam itu. langit bukan selamanya mendung, Fatimah dan Ali muncul untuk menyelamatkan nabi, malah merawat baginda S.A.W. kebanyakan mereka kala itu, kalau tidak terkorban, ramai sahaja yang tercedera dek kerana dendam Quraisy terhadap Muslimin ketika itu.

dalam perang tersebut, lebih 70 orang tentera Muslimin terkorban, dan 23 orang soldadu Quraisy ditamatkan riwayat hidup mereka. lebih memedihkan, panglima Islam, Hamzah bin Abdul Mutalib dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi yang diupah kerana dendam kesumat pada badr yang lepas. dadanya ditebuk dan hatinya dikunyah oleh Hind isteri Abu Sufyan. perang tersebut berakhir dengan kekalahan di pihak Islam, malah Yahudi dan Munafik di Madinah memerli mereka. peristiwa ini menjadi coretan sejarah hitam kepada sahabat-sahabat dan Ummat Islam seluruhnya.

pengajaran yang tersirat di sebalik lipatan sejarah ini adalah; kepatuhan kepada pemimpin adalah amat penting, selain daripada Allah dan rasul-Nya, terutama dalam perang yang genting. perpaduan ummah tidak boleh dikelirukan dengan ganjaran dunia.

moga dengan sedikit ilmu yang ada ini, dalam lipatan senandung 'uhud' oleh Brothers ini dapat dimanfaatkan dan dapat pula akan kita pengajaran yang baik. bersatulah wahai ummat Islamku, hati ini terasa rindu untuk melihat semua itu seperti di zaman nabi S.A.W
" Mekarlah persahabatan demi persaudaraan Islam "

No comments:

Blog Widget by LinkWithin